Tuesday, July 22, 2008

Rahsia Trafik - Video Marketing (Edisi Percuma)


Selepas laporan percuma rahsia trafik video marketing dilancarkan kepada umum,saya telah mendapat maklum balas yang rata-ratanya positif daripada mereka yang cun dan hensem telah memuat turunnya.Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada anda semua yang cun dan hensem.

Memang tujuan laporan ini ditulis bukan untuk suka-suka sahaja,kerana saya mengharapkan lebih daripada sekadar baca dan tinggal terhadap laporan ini walaupun ianya percuma.Ramai yang kata,laporan percuma kurang dihargai,betul ke?Kalau ya,anggapan ini mesti dikikis daripada pemikiran kita. Selain itu saya juga ada menerima pertanyaan tentang waktu yang yang sesuai untuk melakukan kaedah video marketing ini.

Mungkin ada yang beranggapan masa yang sesuai untuk melakukan video marketing adalah pada waktu puncak untuk meningkatkan jumlah view pada video.Tapi pada saya ini bukanlah faktor utama.Misalnya..waktu puncak untuk pengunjung eropah melawat laman web video sharing seperti youtube adalah pada tengah pagi antara pukul 2 hingga 6 pagi.

Tetapi,ia sebenarnya lebih bergantung kepada video apa yang kita paparkan kepada umum itu.Jika video kita itu tidak popular atau tidak dalam perhatian pengunjung ketika itu,jumlah view anda tetap rendah juga,walaupun berada pada waktu puncak. Ini berbeza jika video yang kita upload itu adalah berkaitan dengan sesuatu yang dicari oleh orang ramai ketika itu,walaupun bukan pada waktu puncak,tapi sebenarnya tempoh masa sebelum memasuki waktu puncak itu akan memberi ruang kepada tag dan penerangan pada video anda untuk dikesan oleh laman web video sharing tersebut dengan lebih awal.

Maka bila memasuki waktu puncak,video andalah yang akan mendapat kelebihan berbanding video yang baru hendak diupload pada waktu itu.Jadi pada saya masa yang sesuai untuk melakukan pemasaran video ini adalah ketika sebelum memasuki waktu puncak dan bergantung kepada jenis video yang anda paparkan itu.

Jadi,saya nak tambah tips untuk melariskan pisang goreng video anda kepada orang ramai:

-Cari video yang anda rasakan akan boom mengikut trend semasa

-Jadi orang yang pertama memaparkannya kepada umum

-Tukar lokasi negara dalam akaun anda(youtube khasnya) mengikut target user video tersebut.Contohnya video itu adalah berkenaan american idol,tukarlah setting negara dalam akaun youtube anda kepada US.Dan inilah cara utama yang saya gunakan untuk menarik pengunjung dari luar.

Semoga Berjaya!!

Daftar sekarang, anda akan mendapat bonus setiap kali anda download laporan percuma Rahasia Trafik – Video Marketing.


Klick Disini sekarang: DOWNLOAD